Monday, 19 September 2011

PELUANG

Peluang yang aku nak cerita ni bukan pasal peluang kedua atau ketiga. Tapi peluang untuk kali pertama. Bukan peluang yang kita mintak untuk  perbetul kesilapan yang sama tapi peluang yang kita mintak untuk perbetulkan diri menjadi yang lebih baik.
Aku nak cakap pasal peluang ni bukan sebab ape. Entry ni pun berkait jugak dengan entry yang sebelum ni.  Kisah krisis aku tu. Aku ade bagitau kan yang aku ade mintak diberi peluang untuk belajar. Tapi aku susah nak dapat peluang tu macam aku ni tengah mintak peluang kedua je. Pernah tak korang hadapi situasi macam aku ni? Rasa adil tak kalau kita baru pertama kali mintak diberi peluang dari orang yang kita dah bagi dia berpuluh peluang tapi tak dapat peluang dari dia. Faham tak apa aku tulis ni?
Sebenarnya pakwe aku tu bukan orang baik pun. Ni pun aku sedar bila dah bertahun dengan dia. Hari demi hari terbongkar kisah2 jahat dia tu. Kalau bercakap pasal bagi peluang ni memang aku ni dari awal lagi dok bagi dia peluang. Kalau korang nak tau kitorng pernah berpisah dulu. Dekat setahun jugak la. Lepas tu dia muncul balik mintak aku bagi peluang kedua. Dan aku pun bagi lah walaupun sebelum tu dia tinggalkan aku sebab ade perempuan lain (ex-gf) n dia happy bila aku tengah sedih. Nampak tak yang aku dari awal memang dok bagi dia peluang? Lepas satu, satu peluang yang aku bagi. Boleh dikatakan setiap kesalahan dia walaupun kecik atau besar. Walau byk kali berulang aku tetap bagi peluang. Selain dari sebab sayangkan dia, aku percaya setiap org ada hak untuk dapatkan peluang untuk berubah n perbetul apa yang salah. Bagi aku manusia belajar dari kesilapan dan menjadi lebih baik selepas tu. Aku bagi dia peluang pun sebab aku nak dia jadi lebih baik la.
Tapi yang hairannye, bila sampai turn aku mintak peluang bukan main susah lagi nak dapat. Padahal ni first time tau aku mintak. Itu pun bkn sbb aku ade buat salah ape pun. Cuma sebab aku tk pandai amek hati family dia je. Aku mintak peluang tu pun sebab aku nak belajar kenal family dia n amek hati dorg dengan cara yang betol je. Teruk sgt ke korg rase? Kalau korang tau ape salah dia yang aku dok bagi peluang slame ni mesti korang ckp aku bodoh. Salah yang dia buat tu memang patut aku tinggalkan dia dari awal lagi. Tapi aku tak nak aibkan dia kat sini. Tak baik. Aku Cuma nak cerita pasal peluang untuk aku jer. Dan aku rase yang semua ni tak adil untuk aku..INI TIDAK ADIL!!! daa  

No comments:

Post a Comment