Monday, 19 September 2011

BLOG LAGI DAN LAGI

Kali ni dah tak tau berapa kali aku create blog. Kesnya sebab aku lupa password. Harap2 kali ni aku ingat la password blog baru ni sampai bila2. Blog2 aku yang sebelum ni aku buat entry semua dlm English. Sekarang nak tukar mood buat entry bahasa kebangsaan pulak sbb aku dah kerja dgn kerajaan sekarang ni (yayy!!)..hehe
Blog2 sebelum ni aku banyak ckp pasal cinta aku (cewaahh!!) dan aku rasa kali ni aku akan buat banyak cerita yang sama jugak lah tapi lebih untuk diri aku sendiri. Aku perasan setiap kali aku create blog mesti time2 aku tengah sedih n tak de tempat nak mengadu. Aku ni jenis tak berkawan dgn org. Aku hidup dalam dunia aku sendiri. Dunia snow white n Cinderella yang kawan dengan binatang jer. Aku kawan dengan kucing aku je la.hehe..Aku jenis yang tak reti nk bahagi masa untuk kwn2. Aku lebih suka duduk sorg2 mcm sekarang ni la. So bila ada masalah aku tk de la tempat nak mengadu. Itulah padah kalau tk de kwn.
Terima kasih pada kemodenan yang ada. Klau nak harap tulis kat diary memang la aku malas. Teringat zaman2 sekolah dulu bila cuba2 nk tulis diary. Sama jugak mcm blog aku ni. Berapa banyak diary aku beli tapi tulis tak sampai separuh buku. Mula2 semangat pergi cari diary yang cantik2. Balik rumah terus tulis. Lepas 2 3 hari diary tu pn ntah kemana. Sume sebab aku ni bukan jenis yg rajin menulis. Tulisan aku pn tak cantik sebab tu hangat2 taik ayam je..hehe

Ok lah..aku nak masuk entry dengan tajuk baru. Cukuplah setakat ni je intro blog baru ni..daaa

No comments:

Post a Comment