Monday, 19 September 2011

CINTA ZAMAN SEKARANG

Masih wujudkah cinta sejati sekarang ni? Setakat ni cinta yang aku nampak semuanya hanya pura2 n lakonan saje.
Awal2  semua indah. “Kau lah yang terbaik” “Kau lah yang paling aku sayang” “Kau lain dari yang lain. Hati kau mulia”... Bila dah bertahun berlalu, barulah nampak siapa dia yang sebenar. Sekarang ni “Kau penipu, mungkir janji dan kau kejam” “Kau main2kan perasaan aku bila kau dah jemu” “Kau sama macam yang lain malah kau lagi teruk”.
Kenapa semua tu berlaku? Kenapa manusia pandai berpura2? Kenapa setiap permulaan semuanya macam sempurna. Tapi bila dah lama rupanya dialah raja segala kejahatan. Semua benda haram dia jadikan halal malah hati insan yang naïf dia permainkan. Mana letaknya hati manusia sekarang?  Kenapa manusia perlu bersifat kejam terhadap sesame manusia? Kenapa perlu sakitkan hati orang yang tak pernah sakitkan hati kita? Banyak persoalan yang bermain dalam fikiran aku tp aku tau tak kan ada jawapan untuk semua itu. Sebab itu adanya pembalasan. Disitulah jawapan untuk semua tanda tanya.
Ingat manusia..Allah itu maha adil. Jadilah manusia yang tahu menghargai manusia lain dan jangan lukakan hati mereka. Allah jadikan hati bukan untuk disakiti tapi untuk dibelai dan disayangi. Sesungguhnya balasan semuanya setimpal dengan perbuatan kita. Renungkanlah..

No comments:

Post a Comment