Monday, 19 September 2011


Cakap pasal baby  kat last entry aku tu buat aku nak share dengan korang baby yang aku idam2kan.hehe..Aku suka baby girl sebab aku nk bagi dia berhias comel2 macam aku. Dah lama aku simpan gambar2 ni sebab nak tengok selalu. Tapi memandangkan aku tak kan ada peluang nak dapat baby sendiri so aku nak amek anak angkat lelaki je. Sebab bagi aku senang jaga anak lelaki n dia pun nanti boleh jaga aku bila aku tua.
Tiba2 aku jadi sebak terkenangkan pakwe aku tu n impian2 aku ni. Sedih kot...daa


NAK SINGLE KE TAK NAK?

Tau tak kenapa aku buat title mcm tu? Sebab aku dah bosan dengan pakwe aku tu. Kalau nak cakap sayang dekat dia tu memang dah kurang la kan. Tapi kalau cakap pasal sayangkan relationship ni memang tak pernah kurang. Kalau bercakap pasal impian tu memang banyak sangat la impian aku yang ada dia. Dengan dia ni pulak jenis yang tabur janji2 manis n harapan tinggi2 kat aku. Tapi tak reti nak tunaikan. Kitorng sebenarnya dah plan pun nak bertunang. Preparation pun da buat 40%. Tapi perasaan tu dah kurang dari 40%. Macam mana tu? Aku nak single ke eh? Kalau aku tak Berjaya dengan hubugan ni memang aku akan single je la sampai tua. Sebab ni bukan pertama kali aku rasa macam ni dengan lelaki. Sebelum aku kenal pakwe aku ni lagi aku dah fade up n tak percaya lelaki. Memandangkan dia ni pun ex-bf aku dulu n dia cakap dah berubah so aku pun bg peluang. Awal2 memang la semua indah tapi sekrang ni perangai buruk dia tu da datang balik malah lagi teruk smpai tak tercapai akal aku ni. So memang betol la klau hubungan aku berakhir dengan dia ni aku akan single je smpai tua. Aku pun dah plan untuk masa depan aku. Memandangkan aku ni suka baby dan macam tak de harapan je nak dapat baby sendiri so aku nak amek anak angkat je kalau boleh. Jadi nanti ade la orang nak jaga aku bila aku tua nanti. Tak de suami pun tak pe kalau asyik nak jaga hati dia sampai hati kita ni da bersawang tak terjaga. Betul tak?..daa

PELUANG

Peluang yang aku nak cerita ni bukan pasal peluang kedua atau ketiga. Tapi peluang untuk kali pertama. Bukan peluang yang kita mintak untuk  perbetul kesilapan yang sama tapi peluang yang kita mintak untuk perbetulkan diri menjadi yang lebih baik.
Aku nak cakap pasal peluang ni bukan sebab ape. Entry ni pun berkait jugak dengan entry yang sebelum ni.  Kisah krisis aku tu. Aku ade bagitau kan yang aku ade mintak diberi peluang untuk belajar. Tapi aku susah nak dapat peluang tu macam aku ni tengah mintak peluang kedua je. Pernah tak korang hadapi situasi macam aku ni? Rasa adil tak kalau kita baru pertama kali mintak diberi peluang dari orang yang kita dah bagi dia berpuluh peluang tapi tak dapat peluang dari dia. Faham tak apa aku tulis ni?
Sebenarnya pakwe aku tu bukan orang baik pun. Ni pun aku sedar bila dah bertahun dengan dia. Hari demi hari terbongkar kisah2 jahat dia tu. Kalau bercakap pasal bagi peluang ni memang aku ni dari awal lagi dok bagi dia peluang. Kalau korang nak tau kitorng pernah berpisah dulu. Dekat setahun jugak la. Lepas tu dia muncul balik mintak aku bagi peluang kedua. Dan aku pun bagi lah walaupun sebelum tu dia tinggalkan aku sebab ade perempuan lain (ex-gf) n dia happy bila aku tengah sedih. Nampak tak yang aku dari awal memang dok bagi dia peluang? Lepas satu, satu peluang yang aku bagi. Boleh dikatakan setiap kesalahan dia walaupun kecik atau besar. Walau byk kali berulang aku tetap bagi peluang. Selain dari sebab sayangkan dia, aku percaya setiap org ada hak untuk dapatkan peluang untuk berubah n perbetul apa yang salah. Bagi aku manusia belajar dari kesilapan dan menjadi lebih baik selepas tu. Aku bagi dia peluang pun sebab aku nak dia jadi lebih baik la.
Tapi yang hairannye, bila sampai turn aku mintak peluang bukan main susah lagi nak dapat. Padahal ni first time tau aku mintak. Itu pun bkn sbb aku ade buat salah ape pun. Cuma sebab aku tk pandai amek hati family dia je. Aku mintak peluang tu pun sebab aku nak belajar kenal family dia n amek hati dorg dengan cara yang betol je. Teruk sgt ke korg rase? Kalau korang tau ape salah dia yang aku dok bagi peluang slame ni mesti korang ckp aku bodoh. Salah yang dia buat tu memang patut aku tinggalkan dia dari awal lagi. Tapi aku tak nak aibkan dia kat sini. Tak baik. Aku Cuma nak cerita pasal peluang untuk aku jer. Dan aku rase yang semua ni tak adil untuk aku..INI TIDAK ADIL!!! daa  

KRISIS AKU

Sebelum ni aku ada cerita yg aku ada krisis baru n lain dari sebelum ni dgn pakwe aku. Aku tau klau korg baca pun mesti korang akan salahkan aku..hehe. Aku mengaku memang aku salah sebenarnye tapi setiap orang ada peluang untuk berubah kn? Meh aku cerita......
Macam ni, sebelum ni aku pernah tinggal sebumbung dengan family pekwe aku ni. Benda ni terjadi sebab aku kena tinggal jauh dengan family aku sebab aku kene kerja dekat dengan pakwe aku. Aku pindah pun atas permintaan dia dan mak dia. Dorang nak aku dekat. Aku pun terpaksa akur sebabkn sayang kt dia n tak nk kecewakan dia walaupun aku terpaksa kecewakan family aku terutama mak aku. Mak aku paling sedih bila aku nk pergi tinggal jauh dgn dia. Tapi aku berdegil jugak sebab nak dekat dengan pakwe aku. Disebabkan aku baru lagi masuk kerja so tak de modal lagi nak cari rumah sewa jadi mak dia pelawa aku tinggal dengan dorng. Aku pun setuju je la sebab ingat lepas sebulan kerja dpt gaji aku cari la rumah sewa. Sebulan berlalu aku masih lagi tk pindah keluar sebab tempat aku kerja tu tak byr gaji full. Dapat separuh je sebab aku masih lagi under training. Sebenarnya aku tak de masalh pn nk duduk rumah sewa sebab aku mampu. Tapi mak dia berdegil tak bagi aku pndah lagi sebab kesiankan aku. Aku pn akur. Lepas sebulan jadi dua bulan aku stay rumah family dia. Kali ni bila dpt gaji aku dah confirm nak cari rumah sewa tapi mcm mana ntah aku pn tak berapa ingt mak dia tak bagi jugak aku pindah keluar. Dia suruh tunggu gaji bulan ketiga lagipun kakak dia tinggal sorg je so dia nak aku tidor dengan kakak dia tu. Aku memang dah segan sangat tinggal rumah orang ditambah aku tak pandai bawak diri dan ni pengalaman pertama aku buat kerja macam ni jadi hanya Tuhan yg tahu macam mana aku nak sangat pindah keluar.
Malangnye masuk je bulan ketiga aku berhenti kerja sebab aku tak tahan dengan environment kerja tu. Hari2 balik kerja aku akan stress dan jadi murung. Hari2 mengadu kat pakwe n kawan2 aku sambil nanges2. Jadi aku pun mula lah cari kerja baru. Sebenarnya keputusan aku berhenti kerja tu tak disokong oleh family dia. Aku pun dah rasa down sangat masa tu. Aku rasa macam semua orang dah benci tengok aku yg tk de kerja ni. Rasa malu jangan cakap la. Rasa macam nak balik rumah aku n tinggal dengan family aku tapi aku kesian kt pakwe aku. Dia mesti sedih aku jauh dengan dia tambahan pulak dia baru nk mula kerja n perlukan sokongan aku. Perasaan aku masa tu macam nk titelan mati mak, nak diluah mati bapak. So aku kulum je sume perasaan aku. tak semua apa yang aku rasa aku dapat shara dengan pakwe aku masa tu sebab dia sangat sibuk. Kata je tinggal sebumbung tapi susah nak jumpa. Kadang2 sehari tak nampak batang hidung dia. So macam mana aku nak berterus terangkan? Aku pun redha je la org pandang aku ni sebagai orang yang tak kerja n macam tak de masa depan. Hari2 aku kat rumah aku online jer cari kerja n rumah sewa. Kerja yang aku tak nak memang senang aku dapat tapi kerja yang aku nak langsung tak de. Aku bukan memilih. Klau kita dah tau kemampuan kita takat mana tak kan kita nak buat. Aku tak nak asyik tukar2 kerja. Semua tu akan jadi sia2. Orang dulu2 cakap klau kail kita panjang cuma sejengkal, jangan la laut nak diduga. Dan bila aku tak bekerja dah hanya mengadap laptop tiap2 hari sebab cari kerja dan rumah  jadi aku ni dikatakan duduk rumah tak de kerja lain. Duduk rehat2 je depan laptop. Sedih tak? Aku tak ada kawan kat sana sebenarnya. Pakwe aku sibuk memanjang. Aku nak keluar cari kerja sangat2 tapi aku tak ada direction. Dah banyak kali aku ajak pakwe aku teman tapi dia selalu lupa. Nak ajak dia bincang pasal ni pun susah. Hari2 aku tunggu dia balik kerja pukul 2 3 pagi dengan niat nak bercerita n mintak pendapat tapi bila tengok muka dia yang penat tu aku tak sampai hati n jadi kesian. Dia balik bukan terus tidor tapi terus bukak laptop sambung kerja. Aku pun kecewa la....
Apa yang aku cerita kat atas tadi tu sebenanrnya cuma salah satu dari factor krisis ni wujud je. Sebenanrnya banyak lagi. Bila kita dah tinggal dengan family lain selain family kita baru kita rasa susah. Ternyata lain family lain cara. Aku ingat semua family sama je. Kalau lain pun mungkin sikit2 je la. Tapi aku silap. Dan memang silap aku jugak sebab tak reti bawak diri bile tinggal di rumah orang. Maklumlah dah biasa dengan rumah sendiri n pertama kali tinggal dengan orang.
Aku n adik2 aku dalam family tak kira la dlm family besar (saudara mara) atau family aku sendiri memang kami dimanjakan dengan tak payah buat kerja rumah. Kat rumah aku tak pernah diajar memasak. Aku tak disuruh kemas rumah. Aku tak dipaksa bangun awal. Dan aku tak diajar untuk basuh baju, sidai baju n kutip baju. Aku tk pernah sapu sampah kat rumah aku. Kalau aku buat semua kerja tu pun sebab mood aku je tibe2 rajin. Tu pun aku malu dengan mak aku kalau aku rajin sangat sebab aku memang tak diajar macam tu. Kalau dengan saudara mara pn kitorg memang dilayan macam tu. Aku n cousins aku semua tak reti jadi perempuan melayu yang turun kedapur n buat kerja rumah. Kitorang diajar untuk kemas barang sendiri. Kalau mkn basuh pinggan sendiri. So rumah kitorg tak pernah bersepah sebab bila semua jaga barang sendiri n tau mana nak letak kat tempat yang betol so tak de la barang yang akan bersepah. Memang tak de pun dalam family aku yang suke sepah barang. Kerja rumah semua mak aku uruskan sebab memang tak banyak pun kerja. Mak cuma masak, sapu rumah n basuh baju. Baju kitorang pulak tak banyak sebab mak aku yang tak de keje tu suke basuh baju hari2. So bila aku tinggal dengan orang pun memang aku macam tu jugak la. Aku tak biasa.
Pemalaskah aku? Entah la. Tu la krisis aku sekarang bila pakwe aku ckp dia n family nampak perangai aku yang sebenar dorg macam da kurang suka kat aku. Aku kat rumah dia basuh baju, kutip baju, lipat baju, sapu rumah n kemas dapur. Kerja yang aku tak pernah buat kat rumah aku. Aku belajar semua tu perlahan2 dan dengan rela hati. Tapi bila aku terlupa nak kutip baju kat ampaian aku dikatakan pemalas. Bila aku tak kerja aku dikatakan pemalas. Aku jenis yang akan buat kerja kt rumah dia bila semua orang tak ada sebab aku segan. Yang aku sedih bila aku kemas bagai nak rak pastu dorg balik jer rumah jadi sepah balik. So rumah yang kemas tadi jadi macam tak de orang yang kemas. Aku tak nak aibkan sape2 kat sini. Aku pun tak pernah terus terang kt pakwe aku demi rasa hormat kt family dia. So biar aku n Allah je yang tahu k.
Dan satu lagi isu yang buat pakwe aku marah ialah sebab bila aku keluar aku tak salam mak dia. Aku tak tau aku kena buat semua tu. Sumpah aku tak tau. Sepatutnya dia ajar aku ini dia pun tak salam mak dia.aku tak tau klau nak keluar rumah 2 3 jam pun kena salam. Mana aku tau. Aku tk biasa keluar rumah salam mak aku kecuali aku nak pergi jauh n lama. Klau stakat keluar g jumpe kawan n tengok wayang ke aku tak bagitau pun mak aku. Aku siap2 je n bagitau nk keluar kejap n dia pun tk pernah cakap apa2. Semuanya ok. Aku nk belajar dari dia. Cukup sekali dia cakap aku akan ingat smpai bila2 n akan amalkn. Tak perlu nak ajar setiap kali atau banyak kali. Bila aku suruh dia ajar dia marah aku cakap “tak kan nak kena ingatkan selalu”. Selalu? Sebenarnya tak pernah pun. Bila aku buat salah ntuk kali pertama, dia akan cakap macam tu. Aku tak kan ulang kesilapan. Aku jenis yang cepat belajar n senang ingat. Aku tak pelupa macam dia.  Itu aku. Klau dia cakap “selalu” maknanya dia tak tau pun apa yang dia cakap. Main cakap jer. So sekarang ni aku bukanlah calon menantu yang baik dan pakwe aku pn da tak suke aku lagi.
Aku memang terbiasa. Patutkah aku di judge macam tu? Aku mintak peluang untuk aku buktikan yang aku akan berubah n belajar cara family dia tapi dia terus salahkan aku. Aku tau aku boleh berubah tapi dia tak bagi aku peluang pun.
Moral untuk semua, sape yang belom ada pakwe lepas ni kalau nak ada pakwe selidik dulu macamana background pakwe tu. Tanya dia macamana dia n family dia kat rumah so nanti bila nak timggal dengan family dia korang da ready n tau ape nak buat. Dan untuk yg dah ada pakwe tu, cuba tanya family dia macamana. Syukurlah kalau family korang ada persamaan so korang tak payah belajar apa2. Tapi kalau mcm family aku dgn family pakwe aku yang berbeza ni korang belajar la dari sekarang supaya korang boleh ambil hati dorng n jadi calon menantu yang baik. Aku da rugi banyak sebab tak study dulu family background pakwe aku. Kalau aku da ready mesti tak jadi macam ni. Nasi dah jadi bubur so telan je la bubur tu...daa

CINTA ZAMAN SEKARANG

Masih wujudkah cinta sejati sekarang ni? Setakat ni cinta yang aku nampak semuanya hanya pura2 n lakonan saje.
Awal2  semua indah. “Kau lah yang terbaik” “Kau lah yang paling aku sayang” “Kau lain dari yang lain. Hati kau mulia”... Bila dah bertahun berlalu, barulah nampak siapa dia yang sebenar. Sekarang ni “Kau penipu, mungkir janji dan kau kejam” “Kau main2kan perasaan aku bila kau dah jemu” “Kau sama macam yang lain malah kau lagi teruk”.
Kenapa semua tu berlaku? Kenapa manusia pandai berpura2? Kenapa setiap permulaan semuanya macam sempurna. Tapi bila dah lama rupanya dialah raja segala kejahatan. Semua benda haram dia jadikan halal malah hati insan yang naïf dia permainkan. Mana letaknya hati manusia sekarang?  Kenapa manusia perlu bersifat kejam terhadap sesame manusia? Kenapa perlu sakitkan hati orang yang tak pernah sakitkan hati kita? Banyak persoalan yang bermain dalam fikiran aku tp aku tau tak kan ada jawapan untuk semua itu. Sebab itu adanya pembalasan. Disitulah jawapan untuk semua tanda tanya.
Ingat manusia..Allah itu maha adil. Jadilah manusia yang tahu menghargai manusia lain dan jangan lukakan hati mereka. Allah jadikan hati bukan untuk disakiti tapi untuk dibelai dan disayangi. Sesungguhnya balasan semuanya setimpal dengan perbuatan kita. Renungkanlah..

HATI KITA

Macam dalam entry yang sebelum ni aku ada cakap aku create blog setiap kali aku sedih n tak de tempat nak mengadu. Sebenarnya dua tiga hari ni HATI aku sayu jer. Aku rase sedih n asyik2 nak menangis. Sebab apa lagi kalu bukan sebab cinta. Orang selalu cakap HATI wanita sukar diramal. Aku akui benda tu betol sebab perempuan ada banyak mood sebab PMS setiap bulan. Tapi pernah tak korang rasa HATI lelaki lagi susah nk diramal? Pernah tak korang alami situasi lelaki cakap berubah2? Semalam cakap “I sayang sangat2 dekat u. I tau I tak boleh hidup tanpa u”. Harini cakap “I rasa I tak boleh la teruskan hubungan ni. I rasa haluan kita lain tapi I tau u baik sangat dengan I”. Esok cakap “ I sayang u. I tau u je boleh bahagiakan I n buat I berjaya”. Dan lusa pulak ckp “I memang sayang u, tapi dah tak mcm dulu. Tapi dah kurang. I tak nak kita bersama sebab I kesian kt u je”. Dan beberapa hari selepas tu “I cintakan u sepenuh hati I. I nak kawen dengan u”. Berubah2 kn? Kalau dua tiga bulan sekali ok la. Ni boleh dikatakan hari2 berubah. Klau berhadapn dengan situasi mcm ni ape perasaan korg? Aku rasa HATI perempuan lagi senang diramal. Kalau buat perangai mcm jelez ke, sedih ke, mengada2 ke, semua tu kita tau dia tgh pms. Ke aku tak tau yang lelaki pun ada pms jugak? Hermm....
Sedihkan? Mcm ni la pakwe aku. Senang je HATI dia berubah2. Aku panggil dia lalang. Korg pn tau kn lalang gerak ikut angin? Macam tu la dia. Aku ni ikut n sabar je sebab aku sayang sangat kat dia ni. Tapi bila dia cakap tak sayang aku lagi memang la aku takut. Merayu2 jugak la aku ni. Rasa macam boleh jadi gila. Bukan apa..sekarang ni bukan senang nak kenal org. Lagi ramai yang teruk. Lagipun dah bertahun aku dengan dia. Aku sayang sangat hubungan ni. Tapi tu la...penat jugak la aku nk makan HATI dengan perangai dia yg suka berubah2 tu. Kejap nak kejap tak nak. Kalau dulu aku dapat lelaki mcm ni mmg dh lama aku tinggal. Ada jugak yang aku gantung tak bertali sebab aku memang rimas dengan manusia yang mcm ni. Tak sampai seminggu je aku da boleh dpt pakwe baru. Bukan nak ckp aku cantik ke apekn..haha. Tapi tu la kenyataan. Tapi dia ni susah sikit. Tak tau la kenapa. Takdir Tuhan kot. Selalu aku tinggalkan lelaki perangai macam ni so sekarang ni aku rasa Tuhan nak uji aku. Mungkin jugak dia ni jodoh aku. tapi tu la....apa yang ada dalam HATI  dia yg sebenar2nya? Aku rasa aku dah cuku[ kenal dia tapi sebenarnya tak pun. Rupanya banyak lagi yang aku tak tau pasal dia terutama HATI dia.
Sekarang ni krisis aku lain sikit. Agak parah dari yang sebelum2 ni. Tapi memang silap aku pun. Cume aku rasa tak adil la dia nk judge aku sebab tu je.
Nak tau krisis apa?jom pegi next entry sebab cerita ni tak de kaitan dengan tajuk ni..hehe..daa

BLOG LAGI DAN LAGI

Kali ni dah tak tau berapa kali aku create blog. Kesnya sebab aku lupa password. Harap2 kali ni aku ingat la password blog baru ni sampai bila2. Blog2 aku yang sebelum ni aku buat entry semua dlm English. Sekarang nak tukar mood buat entry bahasa kebangsaan pulak sbb aku dah kerja dgn kerajaan sekarang ni (yayy!!)..hehe
Blog2 sebelum ni aku banyak ckp pasal cinta aku (cewaahh!!) dan aku rasa kali ni aku akan buat banyak cerita yang sama jugak lah tapi lebih untuk diri aku sendiri. Aku perasan setiap kali aku create blog mesti time2 aku tengah sedih n tak de tempat nak mengadu. Aku ni jenis tak berkawan dgn org. Aku hidup dalam dunia aku sendiri. Dunia snow white n Cinderella yang kawan dengan binatang jer. Aku kawan dengan kucing aku je la.hehe..Aku jenis yang tak reti nk bahagi masa untuk kwn2. Aku lebih suka duduk sorg2 mcm sekarang ni la. So bila ada masalah aku tk de la tempat nak mengadu. Itulah padah kalau tk de kwn.
Terima kasih pada kemodenan yang ada. Klau nak harap tulis kat diary memang la aku malas. Teringat zaman2 sekolah dulu bila cuba2 nk tulis diary. Sama jugak mcm blog aku ni. Berapa banyak diary aku beli tapi tulis tak sampai separuh buku. Mula2 semangat pergi cari diary yang cantik2. Balik rumah terus tulis. Lepas 2 3 hari diary tu pn ntah kemana. Sume sebab aku ni bukan jenis yg rajin menulis. Tulisan aku pn tak cantik sebab tu hangat2 taik ayam je..hehe

Ok lah..aku nak masuk entry dengan tajuk baru. Cukuplah setakat ni je intro blog baru ni..daaa